Saturday, March 15, 2008

SEGALANYA PASTI AKAN BERMULA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat aku ingin mempunyai blog, mungkin ia agak kelakar kerana blog sudah menjadi satu tren atau satu kemetian bagi masyarakat dunia zaman sekarang. Tapi realitinya aku masih belum mempunyai blog. Jadi aku akan guna blog ini sebaik-baiknya untuk tujuan yang positif. Mungkin kita boleh berkongsi maklumat yang bermanfaat melalui blog ini.

Untuk pengetahuan anda semua, saya merupakan kakitangan bagi sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Insyaallah akan kekal), iaitu Jabatan PERHILITAN atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, sebagai Pembantu Hidupan Liar. Aku ditugaskan di Pusat Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi (Biodiversiti), PERHILITAN Wang Pinang, Kuala Perlis, Perlis. Kerja aku di pusat ini adalah sebagai Fasilitator bagi menjalankan Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi.

Aku memang sudah bercita-cita ingin menjadi keluarga PERHILITAN. Ini mungkin disebabkan dari penanaman minat dari kecil oleh abah aku yang juga merupakan seorang kakitangan PERHILITAN. Dari kecil lagi aku sudah tengok dia buat kerja, dan aku minat dengan apa yang dia buat, walaupun aku langsung tidak faham dengan apa yang dia buat. Ironik. Masa aku mula kerja dulu ramai yang sindir-sindir, kononya aku guna kabel untuk masuk kerja. Pergi jahanam dengan kabel!

Dari 13 Mac hingga 16 Mac ini aku dan kakitangan PPKBWP yang juga merangkap sahabat-sahabat aku sedang mngendalikan PPKB (Program Pendidikan Kepalbagaian Biologi) di tempat kami ini. Seramai 26 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) telah hadir ke PPKBWP ini. Seronok aku melayan karenah peserta-peserta dari JPNWPKL, macam-macam ragam. Yang penting bagi aku ialah penglibatan menyeluruh dari semua peserta, al-maklumla, muda remaja memang suka main-main, aku pun pernah muda juga. Malam kedua mereka di PPKBWP, guru pengiring mereka Cikgu Azam dan aku berpakat untuk adakan fire draill, tetapi untuk menjadikan ia lebih tragik, Cikgu Azam telah selitkan unsur tragedi. Memang kecoh, bila semua sudah berkumpul di hadapan kantin iaitu di dataran, Cikgu Azam mengarahkan Mak Batin dan Tok Batin untuk mengambil bilangan peserta, ketika itu jam menunjukkan jan 2.00 pagi, tiba-tiba seorang peserta perempuan didapati tiada, cuba bayangkan jika anda berada dalam situasi tersebut. Selepas itu aku mengambil peluang menonjolkan bakat aku sebagai bakal pengganti Rosyam Nor dengan menampakkan reaksi risau, terus aku kata mungkin peserta itu telah lari ke atas bukit kerana telah mengambil barang di atas bukit. Peserta lelaki lain terus menawarkan diri untuk berpakat mencari mangsa yang hilang itu di atas bukit, terkejut aku, masa itu aku memang dah kering idea, dalam pukul 3.00 pagi baru sessi ini berakhir. Balik ke rumah terus aku tidur dengan perut kosong.

Hari ini hari yang ketiga mereka di sini. Semalam tisur lewat, pukul 9.30 pagi baru aku sampai pejabat, kelam-kabut aku dibuatnya, sampai aku di kawasan aktiviti aku lihat peserta dah hampir habis, mereka dah mula buat pembentangan aktiviti sample plot. Nasib baik aku sempat juga tengok pembentangan tu. Lepas peserta habis aktiviti sample plot meraka ke kantin untuk minum pagi. Selesai minum pagi, aktiviti caving dijalankan, ramai yang teruja.